Nak kata dah kahwin, rasanya belum lagi, bila tanya bila nak kawin? entahlah... .. tak tahu lagi... .
Perangai mengalahkan orang dah kahwin berkepit sana-sini, padahal bukan muhrim, Katanya ikut trend masa kini..
Hairan, pegang tangan tak takut dosa ke, berpeluk-pelukkan tak tahu malu ke, tak kasihan pada emak & bapak ke, hantar suruh belajar/kerja, kau buat leka...
Nak kata tak belajar agama, kecil-kecil mak bapak hantar, sekarang nak salah siapa kalau buat dosa, sendiri bangang sebab tak ikut apa yang diajar.
Belajar tinggi sampai gayat, tapi tak amal sepanjang hayat, Islam itu kan penyelamat, bila nak amal? Tunggu sampai jadi mayat ?
Sana sini buat wayang, orang tengok naik bengang, itu belum lagi rumput kat padang, kalau hidup sure kena terajang...
Dulu masa single okay ajer, sekarang dah couple banyak pula dosa, bila orang tegur buat derk ajer, apa kulit dah tebal nak masuk neraka?.
Bila kena tangkap khalwat, buat muka jadi kelat, malu mengalahkan ikan sepat, tambah muka penuh jerawat..
Masa buat, tak tahu malu, ikut sangat telunjuk nafsu, buat maksiat tak segan silu, nak buat macamana, susu dah jadi keju.
Suruh sembahyang, nanti, nanti, boyfriend telefon terus pergi, nak bersyukur atas nikmat Allah tak reti-reti, boyfriend yang bagi sekuntum bunga itulah dipuji-puji.
Yang si mamat ni pun sama, suruh pergi masjid nak bawa girlfriend sama, Mana taknya dah berjanji hidup bersama, sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama
Kesudahannya hari jumaat, orang solat jumaat, dia bershopping bukan main ligat, layan awek sampai penat.
Kalau diri dah gatal sangat, kahwin saja, cepat lagi selamat, ini couple, tak ada matlamat, sajer suka-suka penuhi syarat..
Orang couple, dia ikut sama, tak sedar diri tu papa kedana, papa ilmu, papa agama, macam mana 'bercinta cara islam' itu nak dijana.
Bukan mengata bukan mengumpat, siapa suruh buat wayang tak bertempat, kalau tak suka diri diumpat, jangan buat benda yang tak tepat.
Bonceng sana bonceng sini, bontot tertonggek tak malu pulak, siap bangga tak terperi, dapat peluk pinggang balak..
Balak kat depan mata melilau, awek kat belakang bukannya nampak, siap mengurat muslimah yang pergi surau, silap hari bulan sure kena sepak.
awek pulak bangang, perangai macam lalang, percayakan balak bergalang-galang, yelah, balak cover, belum pecah tembelang.
Pegang sana pegang sini, tak takut ke susut nilai?, kahwin belum tentu lagi, kalau tak jadi, tidak ke hilang permata bernilai?
Itulah, Tuhan bagi akal, tak pakai, Tuhan bagi hati, tak tahu menilai, diri sendiri tu yang lalai, baik buruk pun tak reti nak nilai.
Kalau orang cakap, marah, bila orang nasihat, melenting, "tahulah, tahulah, tak payah susah-susahâ, tahu pulak senyap bila dah bunting.
La ni baru nak ingat Tuhan, itu pun nasib baik ingat, menangis dah tak boleh nak tahan-tahan, baru sekarang menyesal sangat.
Nasib baik Tuhan tu Maha Penyayang, itupun nasib baik umur masih panjang, ada peluang nak mengucap panjang, mintak ampun, panjat doa memanjang.
Perkara lepas jangan dikenang, pintu taubat terbuka luas, hidup bukan untuk bersenang-senang, meraih & mencari redha Allah yang maha luas...

huaarrghhh....!!!!
 | zayj wrote on Oct 26, '07 saya suka catatan ini...........
|
 | komen riest sama cam kat blog ekawan tu..zaman sekarang...(sambil mengelengkan kepala)..hihi |
 | huarghhh!!!!! ayat2 simple tp cukup bermakna.... |
 | carsharf wrote on Oct 26, '07, edited on Oct 26, '07 huarghhh!!!!! ayat2 simple tp cukup bermakna....  Memang "makan dalam" punya pesanan tu. Siapa yang makan cili, dialah yang merasa pedasnya |
 | huhuhu.....
memang makang dalang nie....
hik hik |
| |